Ikan Arowana atau Scleropages Formousus
ialah sejenis ikan hiasan yang sangat popular dan agak tinggi harganya.
Disebabkan aktiviti penangkapan yang berleluasa sejak 70-an sehingga
kini, jumlah populasinya di habitat asal semakin berkurangan dan pupus.
Oleh kerana itu spesies ikan ini telah dilindungi sebagai spesies
kawalan untuk diimport dan dieksport di bawah Convention on the
International Trade in Endargered Species of Wild Fauna and Flora
(CITES).
Di Malaysia, aktiviti penternakan ikan Arowana juga
turut dijalankan secara komersial untuk tujuan eksport ke pasaran
antarabangsa dan antara agensi yang terbabit ialah Jabatan Perikanan.
Secara semulajadi, ikan ini membiak sekali dalam setahun iaitu pada Jun
hingga Ogos di habitat asalnya.
Di pasaran tempatan , Arowana
Emas Malaysia dan Arowana Merah Indonesia bersaiz 15-20cm dijual dengan
harga sekitar RM 1,500 – RM2,000 seekor , manakala Arowana Emas
Indonesia dijual dengan harga RM300 – RM500 seekor. Ikan Arowana Hijau
pula dijual dengan harga sekitar RM25 –RM30 seekor. Bagi pasaran
tempatan , ikan ini tanpa memerlukan sebarang kawalan undang-undang.
Di peringkat pasaran antarabangsa, urusniaga Arowana memelukan permit
CITES yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan. Hanya ikan generasi F2
dari "Commercial Captive-breeding Operstion " yang ditakrifkan
oleh CITES dibenarkan untuk diurus niaga. Bagi syarikat atau individu
yang menjalankan operasi pengeluaran benih Arowana untuk pasaran luar
negara , perlu mendaftar sebagai " Commercial Captive –breeding Operation
" dengan kerjasama Jabatan Perhilitan . Syarikat utama yang perlu
dipatuhi ialah ikan mestilah boleh dibiakkan dalam kurungan
Sekurang-kurangnya sehingga generasi kedua atau F2.
Berdasarkan
analisis LKIM, pelaburan ke atas projek ini agak besar yang mana kos
bagi memulakan ternakan Arowana di atas tanah seluas 0.25 hektar
dianggarkan sebanyak RM139,392 dengan kelengkapan paling minimum.
Pulangan atau hasil pula hanya akan diperoleh pada tahun keempat atau
kelima namun bergantung kepada tahap baka induk yang baik, pemakanan dan
pengurusan.
Nilai pasaran ikan Arowana juga dipengaruhi oleh
cita rasa peminat ikan tersebut namun ketika ini, permintaan serta
harganya masih tinggi terutama bagi pasaran antarabangsa. Secara umumnya
ketika ini tidak ramai yang mampu menceburi bidang pengeluaran benih
ikan ini kerana modal permulaan dan operasi yang agak tinggi termasuk
mengambil masa yang agak lama untuk membiak iaitu kebiasaannya pada umur
lima tahun. Bagaimanapun, melihat kepada pasaran semasa, aktiviti ini
boleh dilaksanakan dan mendatangkan pulangan yang lumayan.Ikan Arowana
0 komentar Ikan Arowana
Posting Komentar